NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-7)
4 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Pada minggu ke-7 ini, peserta diberi pendedahan praktikal tentang teknik asas penyediaan dan pembuatan pizza. Dalam sesi ini, peserta mempelajari cara menyediakan doh, memilih dan mengabungkan bahan, teknik penyediaan sos, serta kaedah membakar pizza dengan betul untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang seimbang.
Program ini membantu meningkatkan kemahiran memasak peserta, memupuk kreativiti dalam penyediaan menu barat, serta memberi keyakinan untuk menghasilkan hidangan pizza yang berkualiti dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: